Pusat Perkhimatan Elektrik Kawan U Tipu Dan Bogus


Beware of this company call Pusat Perkhimatan Elektrik Kawan U scam and cheat innocent victim seeking to repair the machine

小心骗人的电器修理公司Pusat Perkhimatan Elektrik Kawan U


Laporan Kes Penipuan Servis Memperbaiki Barang Elektrik Electrolux model EDC57550W Oleh Pusat Perkhimatan Elektrik Kawan U dan Weng Soon Electrical Service Centre

Saya juga sangat risau dengan perangai samseng Ah Ming dan takut dengan dendam yang akan datang akibat parah sekiranya saya tidak mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.  Saya telah ditipu dengan jumlah wang RM100 sebagai deposit dan sebiji mesin pengering baju berjenama Electrolux yang berharga RM2400. Saya tidak berani hendak tuntut balik mesin pengering saya kerana saya tidak mahu mengalami kerugian yang berlanjutan sampai tidak berbatas. Oleh itu sebab saya terpaksa merujuk perkara saya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya untuk melindungi keselamatan saya sendiri. 

Syarikat yang membuat penipuan adalah Pusat Perkhimatan Elektrik Kawan dan Weng Soon Electrical Service Centre yang beralamat di No. 23, Jalan 10/125D, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur dengan resit dilampirkan. Telefon No : 016-2802046

Tempat berlaku adalah di Nadi Bangsar, Jalan Tandok, 59100 Bangsar Kuala Lumpur ingin membuat laporan berkenaan kes penipuan servis memperbaiki barang elektrik saya yang berjenama Electrolux Dryer model EDC57550W yang berjumlah harga RM2400. Jumlah wang yang tertipu adalah berjumlah RM100 sebagai wang deposit. Jumlah Kerugian adalah RM2500.

Kes penipuan berlaku pada tarikh 27hb Augus 2021 jam 10am di Kondominium Nadi Bangsar seperti di alamat atas.

Wakil syarikat yang melakukan penipuan adalah seorang lelaki yang bernama Ah Ming dengan nombor telepfon bimbit 016- 9778863. 

Kronologi kes penipuan berlaku adalah seperti berikut :

Masalah berlaku mesin pengering saya boleh hidup tetapi tidak dapat berputar pada pada 8 Julai 2021. Oleh kerana masa itu adalah masa FMCO, authorized repairer dari Electrolux berkata mereka masih belum dapat surat MITI dan tidak dapat membuat repair untuk saya. 

Saya cuba google maklumat daripada laman web dan menghubungi wakil syarikat yang bernama Ah Meng dengan telefon bimbit 016-9778863. Dia memberitahu saya bahawa mereka dapat memperbaiki mesin pengering saya. Saya pun bersetuju dan memberi alamat rumah saya supaya dia dapat datang untuk buat pemeriksaan dahulu di rumah saya. 

Pada tarikh 27hb Augus 2021 jam 10am pagi,  dua pekerja syarikat beliau dengan datang ke rumah saya untuk membuat pemeriksaan mesin pekering saya. Saya pun hairan kenapa pekerja dia tidak membawa apa-apa barang equipment untuk membuat diagnosis mesin pengering saya. Dia hanya buka casing dryer saya dan terus berkata belt dryer tidak rosak tetapi (Dryer Shaft) sudah rosak.  Saya pun bertanya kenapa dia sekaligus tengok saja sudah tahu dryer shaft rosak tanpa guna equipment untuk pemeriksaan. Dia bercakap memang biasa macam itu. Harga RM292 untuk (dryer shaft) dan labour charge RM100. Dia perlu bawa mesin pengering ke bengkel untuk buat tukaran. Sekiranya saya tidak mahu saya kena bayar RM80 untuk kerja pemeriksaan. Kalau nak repair kena bayar deposit RM100. 

Saya beragu-ragu tetapi tiada pilihan saya terpaksa percaya kepada pekerja itu. Saya hanya berharap RM392 dapat selesai siap repair mesin saya.  Pekerja tersebut berjanji akan hantar balik pada hari 2 September 2021 selepas siap repair. 

Pada waktu senja 2 September, wakil syarikat Ah Ming telefon memberitahu saya mesin sudah siap repair tetapi terdapat masalah lain iaitu Pulley dryer sudah bengkok kena tukar juga. Saya pun terpukau seketika itu dan cakap boleh  tetapi saya meminta tunjukkan gambar pulley rosak.  Tetapi beliau enggan berbuat sedemikian dengan alasan pekerjanya sibuk. Dan hanya berkata barang rosak akan dibagikan semasa dia hantar balik mesin pengering saya. 

Saya terasa sesuatu tidak betul dan saya pun terus google review syarikat beliau.  Dengan terperanjat saya mengetahui bahawa syarikat ini memang menggunakan taktik yang sama untuk memperangkap dan menipu ramai pengguna yang lain. Saya meminta sekali lagi proof of repair. 

Pada pagi 3 September 2021 pagi.  Oleh kerana situasi yang tegang selepas dia memaki marah saya tidak percaya kepada dia, Ah Ming pun meminta saya bank in dahulu RM490 barulah dia hendak menghantar balik mesin pengering saya.  Oleh kerana saya terasa kena berhati-hati selepas membaca review syarikat ini saya meminta sekali lagi proof of repair sebelum saya hendak bank in kepada dia. Beliau masih enggan membuat sedemikian pada hari itu. 

Saya bertanya tentang warranty. Dia berkata walaupun ada warranty tetapi kena bayar lagi fee pemeriksaan dan fee spare part lain. Saya meminta proof gambar barang yang repair. Dia terus marah  dan maki dan terus putuskan talianya. 

Saya belum putus asa dan follow up lagi untuk proof of repair pada hari kemudian tetapi tiada jawapan.

Pada tengah hari 6 September beliau hantar 2 gambar yang menunjukkan spare part yang lama. Gambar yang ditunjukkan itu sangat curiga kerana spare part itu nampak macam barang spare part yang agak kotor dan lama. Saya curiga barang rosak itu memang bukan spare part mesin pengering saya. 

Untuk menenangkan hati saya sebelum bayar dia, saya pun bertanya juga kenapa kebanyakan mesin yang mereka yang hantar balik akan rosak  selepas 2 bulan diguna daripada review di internet.  Macam mana saya boleh mempercayai beliau sekiranya saya bayar dahulu RM490 dan saya memerlukan pengesyoran daripada beliau. Selepas menerima mesej saya beliau terus telefon saya dan memarah maki dan mengugut saya kena bayar RM10 satu hari kalau tidak hantar balik mesin saya. 

Saya memang sudah tiada pilihan lain untuk menyelesaikan masalah ini kerana kalau saya tidak bayar RM490 dahulu dia tidak akan hantar balik mesin pengering saya.  Saya pulak kena bayar RM10 setiap hari selagi saya tidak ambil balik mesin pengering saya. Kalau simpan satu tahun pulak kena charge RM3650.  Saya rasa sesuatu tindakan perlu diambil untuk mencegah kelakuan skim jenayah yang sebegini terus berlaku di Klang Valley untuk menyelamatkan mangsa-mangsa lain di Klang Valley.

Saya terpaksa membuat laporan ini kerana perangai wakil syarikat Ah Meng yang berlagak seperti samseng telah meluahkan kisah sebenar skim beliau semasa marah.  Skim perniagaan beliau memang beroperasi dengan cara menipu pelanggan bahawa mesin perlu dibawa ke kedai mereka dahulu, dengan kemudiannya menipu pelanggan dengan macam-macam cerita lain seperti spare part ini dan itu rosak. Beliau mengaku semasa marah bahawa sudah lebih 17 tahun  beroperasi sebegini  tiada pihak berkuasa yang dapat  mengambil tindakan terhadap dia kerana cara penipuannya agak canggih sahaja iaitu dia akan merakam semua perbualan semasa meminta pelanggan tukar barang. Sekiranya pelanggan terpukau dan bersetuju, itulah masa pelanggan dah terperangkap dan tidak dapat lari daripada kerugian yang boleh dielakkan. Yang dahsyat itu ialah dia akan hantar balik rakaman audio itu kepada mangsa sekiranya mangsa itu tersedar sesuatu yang tidak betul dan meminta proof of repair seperti saya. Semata-mata pelanggan yang menimbulkan masalah dan bukan mereka yang menipu pelanggan. 

Daripada review di laman web skim penipuan akan berlanjut ke fasa ke-2 selepas mesin dihantar balik iaitu mesin akan rosak lagi selepas 1 bulan atau 2 bulan diguna. Warranty yang dikatakan itu membolehkan penipuan berlanjut ke fasa ke-2 iaitu mangsa akan bayar kos pemeriksaan lagi sekali dan juga menukar spare part lain yang mungkin telah dirosakkan oleh mereka semasa repair kali pertama. 

Tiada fasa ke-3 dilaporkan di laman web kerana ramai mangsa telah terpaksa membeli mesin yang baru selepas 2 kali repair. 

Semoga laporan saya boleh menarik perhatian bakal mangsa dan dapat  melindungi semua pihak dari skim penipuan kes repair barang elektrikal oleh Pusat Perkhimatan Elektri Kawan U dan  Weng Soon Electrical Service Centre di Klang Valley. 



Comments